https://www.googletagmanager.com/gtag/js?id=UA-109194521-1

RESEPI | TAUHU BEGEDIL & SAMBAL KICAP JAWA | MEANT TO BE

Disebabkan terliur dengar cerita kawan sepejabat aku yang dia COD tauhu begedil time lunch (dengar cerita je dah terliur weh) hujung minggu hari tu aku cuba-try-test buat sendiri. Makan nasi hari-hari is too mainstream so sekali sekala kita ubah selera. Nak buat menu diet pun okey kot? Tapi jangan tanya aku berapa kalori yang terkandung dalam tauhu begedil. I DONT KNOW LAH 🙅


RESEPI TAUHU BEGEDIL

BAHAN-BAHAN :
½ ekor ayam (seelok isi bahagian dada)
4-5 biji kentang
8-10 biji tauhu
1 ½ cawan bawang goreng
5-6 tangkai daun sup | dipotong halus
Garam secukup rasa
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

CARA BUAT :

Perap sekejap ayam dan kentang dengan garam (atau boleh je nak perap dengan serbuk lada ke apa ke) kemudian goreng sehingga masak. Jangan goreng garing sangat agak-agak masak je sudah.

Sebenarnya isi ayam nak digantikan dengan daging pun okey. Mungkin lagi sedap. Okey next try aku nak guna daging pulak. Kita beat mana lagi sodap !

Kisar kasar ayam dan kentang yang digoreng tadi. Kemudian gaul bersama daun sup dan bawang goreng sehingga rata. Calit dan rasa sikit, kalau kurang rasanya korang boleh tambah garam secukup rasa.

Siap dan korang tepikan sekejap.

Goreng tauhu sehingga masak atau separuh masak. Sukahati korang je sebab nanti akan goreng lagi sekali dengan telur. 

Yang ni aku guna tauhu basah, yang petak putih kalau beli direndam air tu. Ada orang guna tauhu kering yang letak dalam kuah lodeh tu, tapi kena rajin nak melipat la kot. 


Dah siap masak, hiris sikit tepi tauhu dan keluarkan segala isi perut yang ada. Nak mudah guna garfu. Biar dia kosong macam gitu rupa. Hati-hati sikit jangan sampai pecah pulak.

Isi tauhu tadi jangan buang. Gaulkan sekali dengan bahan yang kita buat tadi mula.


Sesudah itu mari kita mulakan tugas sumbat menyumbat sampai padat dan GEMM.

Maaflah senonoh sikit cara aku sumbat tu hehe.


Sebelum goreng untuk kedua kali, salut dulu semua permukaan dengan telur dan goreng dalam minyak yang panas. Tak payah goreng lama sangat pun takpe sebab nak bagi telur salut tadi masak je.

Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan kalau tak nanti bederaplah minyak dalam tu.

Kita kasi close up sikit.

Yeay! Tauhu begedil dah siap digoreng tapi belum lengkap rasanya kalau sambal kicap nan hado. 



RESEPI SAMBAL KICAP JAWA

BAHAN-BAHAN :


4-5 biji cili padi | ikut suka berapa biji kalau suka pedas
2 ulas bawang putih
garam gula secukup rasa
kicap

CARA BUAT :

Cuci bersih cili padi dan bawang putih.

Tumbuk lumat cili padi dan bawang putih (nak kisar pun boleh)


Perasakan sikit dengan garam gula.


Masukkan kicap ikut suka nak pekat yang macam mana.

Siap.

Resepi sambal kicap turun temurun ni. Dulu masa kecik lagi aku dah kemaruk dengan sambal kicap. Almaklum darah yang mengalir dalam tubuh ibu aku darah jawa so tergenatik jugak la kat anaknya kan hihi.

Okey tauhu begedil dan sambal kicap dah boleh nak dihidang, boleh dibuat untuk makan petang ataupun dimakan bersama sup panas-panas. Memang ummmphhh !

Selamat mencuba.

Pencarian yang lain:

  • resepi ayam 69
  • resepi ayam goreng 65
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017