https://www.googletagmanager.com/gtag/js?id=UA-109194521-1

Resipi Tauhu Begedil & Kuah Hitam Manis Mesti Cuba! – Wanista.com

Sejak akhir-akhir ni, penulis selalu pula dengar orang asyik sebut pasal Tauhu Begedil. Sedap ke? Tahu yang digoreng bersalur telur memang lah sedap, ditambah pula dengan inti kentanng empuk. Mmm… siapa je yang tak tertambat kan?

Umumnya resepi ni tak ubah macam resepi tauhu sumbat, cuma apa yang bezanya adalah inti sayur itu telah diganti dengan inti kentang lenyek yang digabung bersama isi ayam atau daging (sama seperti begedil). 

Sumber: Facebook/ Zurine Omar

Seperti tauhu sumbat, tauhunya dimakan begitu sahaja bersama dengan sos cili cuka sebaik disumbat dengan hirisan sayuran segar rangup seperti timun, taugeh dan lobak. Namun untuk tauhu bergedil ini, cara memasaknya adalah dengan mengoreng garing.

Jom belajar cara mudah membuatnya!

Bahan Tauhu Begedil:

  • Tauhu kering yang selalu digunakan untuk tauhu bakar.
  • 4 – 5 biji kentang Holland (tekstur kentang Holland lebih halus dan mudah dilenyek)
  • 1/2 cawan sayur campuran atau isi ayam (boleh campur kedua-duanya sekali)
  • 2 – 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan air
  • 2 – 3 biji telur
  • Lada sulah (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)

Cara Buat Tauhu Begegil:

Sumber: Facebook/ Zurine Omar

1. Rebus kentang yang telah siap dikupas dan dibersihkan. Potong kecil agar memudahkan proses melenyek kemudian.

2. Tumis bawang putih bersama bawang mereah dan masukan isi ayam yang telag siap direbus dan dicarik atau boleh juga guna daging cincang jika mahu. (Jika suka sayur boleh masukan hirisan lobak). Siap dan letak ditepi.

Sumber: Facebook/ Zurine Omar

3. Toskan kentang rebus, lenyek dan gaul bersama lada sulah dna secubit garam.

4. Campurkan kedua-dua campuran kentang dan sayur goreng tadi bersama hingga serasi.

5. Gunakan pisau tajam untuk memotong sedikit bahagian tepi tauhu (boleh juga lubangkan bahagian tengah tauhu) sebelum menyumbatnya dengan inti. Pastikan inti tidak terlalu penuh kerana takut ianya terkeluar membuak sewaktu menggoreng.

Sumber: Facebook/ Zurine Omar

6. Pecahkan telur, pukul bersama sedikit garam dan lada untuk perasa.

7. Celup dansalutkan satu persatu tauhu begedil yang siap dibubuh inti, gorengnya dengan minyak penuh sehingga garing.

Sumber: Facebook/ Zurine Omar

Untuk resepi sos, penulis beri dua resepi untuk dipilih, jika tekak anda tekak orang Melayu, mungkin anda gemarkan sedikit rasa belacan dan pedas cili. Jika tidak, boleh guna resepi sos hitam manis biasa.

Sumber: Facebook/ Zurine Omar

Bahan Sos Hitam Manis Pedas:

  • 10 tangkai cili kering
  • Gula melaka atau gula merah
  • Bijan (disangai)
  • Gula biasa (kalau kurang manis)
  • Garam (secukup rasa)
  • Sedikit belacan
  • 300ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 50ml air bersama serbuk perasa

Cara Buat Sos Hitam Manis (Pedas)

1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.

2. Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.

3. Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.

4. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

5. Masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).

6. Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

Bahan Sos Hitam Manis Biasa:

Foto -lovethatfood.com
  • 2 sudu besar taucu
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 4-5 sudu besar gula
  • 2-3 cawan air

Cara Buat Sos Hitam Manis:

1. Campurkan semua bahan dan dikisar bersama.

2. Pastikan dikisar halus dan masakkan atas api sehingga mendidih.

Nikmati tauhu begedil bersama taburan hirisan daun bawang, cili merah serta bawang goreng. Jangan lupa sira sos diatasnya. Makan panas-panas tau?!

Selamat menjamu selera! ❤️

Pencarian yang lain:

  • tauhu pop begedil
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017