Resepi Nasi Ayam Mudah Sedap dan Simple

Resepi Nasi Ayam Mudah Sedap dan Simple, Kebanyakkan orang memang biasa masukkan lemak ayam terutama sekali yang berniaga nasi ayam. Bagi saya, inilah kunci kesedapan nasi ayam yang dihasilkan kerana lemak ayam memberikan aroma yang harum. Cubalah masukkan lemak ayam ketika menumis nasi selepas ni. Tak banyak pun, saya cuma guna anggaran 2 sudu besar lemak ayam untuk 3 cawan beras.

Resepi Nasi Ayam Mudah Sedap I

Resepi nasi ayam yang pertama ini dari facebook.

Jom cuba masak nasi ayam simpe dan sedap. Resipinya ada dibawah ni.

NASI

Resepi Nasi Ayam Mudah Sedap dan Simple

  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Kayu manis
  • Buah pelaga
  • Susu pekat manis
  • Plnta
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Daun pandan
  • Minyak
  • Air rebusan ayam
  • Blender bahan yang saya tanda tu..tumis dgn minyak buh kayu manis,buah pelaga..
  • Basuh beras,buh brg yg tumis td,plata,susu,daun pandan,nenas(blnder),grm,scubit serbuk kunyit..pastu ns da kering..buh minyak yg grg ayam tu kacau n tutup blk..

SAMBAL

  • Cili merah
  • Cili api
  • Bawang puti
  • Tomat
  • Sos cili
  • Blender smua bahan..masak buh sos cili,grm,aji,gula..

AYAM(saya potong 4)

  • Rebus ayam dl..
  • Sos tiram
  • Sedikit minyak
  • Bawang putih(ketuk)
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Garam
  • Satukan smua bahan n sapu kat ayam yg da direbus..perap setengah jam pastu grg..

KICAP

  • sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Tepung jagung
  • Bwg putih(ketuk)
  • Satukan smua bahan tu…bancuh tepung jagung dgn air masukkn smua bahan tu..klu agak pekat buh air..grm n gula..

SUP

  • Halia
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Blnder smua bahan..tumis buh air rebusan ayam td..grm,aji, daun sup n bwg grg..
    Selamat mcuba…

Resepi Nasi Ayam Mudah Sedap II

Resepi nasi ayam yang kedua ini adalah kreasi mama fizalgk dalam blognya fizalgk.blogspot.com, segala gambar kredit untuk fizalgk. Jom kita masak cara buat nasi ayam simple.

Untuk Sup/Ayam/Kuah Kicap dan Kuah Cili

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam – dipotong empat
  • 1 sup bunjut
  • 1 labu bawang besar – dipotong empat
  • 3 ulas bawang putih – di ketuk
  • 1 inci halia – di ketuk

Cara memasak:

  1. Rebus semua bahan hingga mendidih. Keluarkan ayam dan toskan. Guna separuh air rebusan tadi untuk memasak nasi dan asingkan separuh lagi untuk dijadikan SUP dengan menambah kiub ayam serta daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.
  2. AYAM : Perapkan dengan 1 sudu besar Sos tiram, 2 sudu besar kicap cair, 2 sudu besar kicap manis dan 1 sudu besar madu. Goreng hingga keperangan dan potong ketika menghidang.
  3. KUAH CILI : Kisar 5 tangkai cili merah, 1 ulas bawang putih, garam dan gula secukup rasa, 1/2 sudu teh cuka dan 2 sudu besar sos cili.
  4. KUAH KICAP : Campurkan 1 cawan air rebusan ayam dengan 5 sudu besar kicap manis, 3 sudu besar kicap masin dan 1/2 sudu teh minyak bijan.

Nasi

Bahan-bahan

  • 3 cawan beras – basuh dan toskan
  • 4 1/2 cawan air rebusan ayam
  • 3 ulas bawang merah – di hiris
  • 2 ulas bawang putih – di hiris
  • 1 inci halia – di hiris
  • 1 helai daun pandan – disimpul
  • lemak dan kulit ayam
  • 1 sudu teh garam

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak campur sedikit mentega didalam periuk nasi, tumis bahan-bahan yang dihiris nipis hingga wangi, masukkan lemak ayam, kacau hingga sebati dan pecah minyak.
  2. Masukkan pula beras dan kacau lagi.
  3. Seterusnya masukkan air rebusan ayam, daun pandan, garam dan beberapa titis pewarna kuning(jika suka) dan masak seperti nasi biasa.

Semoga berhasil bunda dengan resepi dari bunda hafizah yahaya.

Video Resepi Nasi Ayam

Resepi masak ayam goreng berempah sedap dan simple

Resepi masak ayam goreng berempah sedap dan simple, orang dewasa dan anak anak memang sangat suka dengan masakan ayam goreng, seperti halnya dengan film kartun anak anak yang sangat terkenal upin dan ipin sangat suka dengan aya guring.

Ayam goreng memang mantab sekali untuk di cuba, karena masakan ini sudah sangat terkenal seperti KFC, sebuah merk dagang ini sangat terkenal dengan menu masakan ayamnya.

Ada beberapa resepi masakan ayam goreng yang namanya sangat sangat familiar dan enak tentunya, berikut macam macam masakan ayam goreng.

  • Ayam Goreng Daun Kari Simple
  • Ayam Goreng Kunyit
  • Ayam Goreng Rangup Simple Resepi Ibu
  • Ayam Goreng Bersama Sambal Jawa
  • Ayam Goreng Daun Kari
  • Ayam Goreng Dengan Sos Manis Bijan
  • Ayam Goreng Manis Pedas Korean Style
  • AYAM GORENG BEREMPAH
Kita akan membahas berbagai macam masakan resepi ayam goreng.  Ayam goreng macam ni sampai part tulang-tulang pun habis dimakan. Tinggal bahagian yang keras macam batu sahaja yang tak habis. Oke jom kita jenguk resepi ayam goreng berempah yang paling sedap dan simple.
Resepi masak ayam goreng berempah sedap dan simple
AYAM GORENG BEREMPAH

AYAM GORENG BEREMPAH

Untuk membuat ayam goreng berempah kita harus sedia beberapa bahan bumbu berikut ini, silahkan simak ulasana resepi ayam goreng berempah berikut ini
*Resepi satu

Bahan Bahan buat ayam goreng berempah:

  • 1/2 ekor ayam-potong ikut suka, dibersihkan dan toskan..
  • 1 labu bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 sudu besar serbuk kari daging*
  • 1/2 sudu besar serbuk cili*
  • 5 batang serai-dihiris kasar*
  • 1 sudu besar biji ketumbar *
  • 1 sudu besar jintan manis*
  • 1 /2 sudu besar jintan putih*
  • 1 sudu besar lada hitam*(kisar halus bahan beranda*)
  • Garam secukup rasa dan sedikit gula
  • 2 tangkai daun kari Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara buat ayam goreng berempah

1.Gaulkan ayam dengan bahan2 kisar,
2.Garam dan gula..Perap selama 1-2 jam.
3.Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga separuh masak, Taburkan daun kari dan goreng hingga ayam betul2 masak.
4.Angkat ayam dan tapis serdak…sedia untuk dihidangkan.
*Resepi dua
Bahan buat ayam goreng berempah:
  • 1/2 ekor ayam
  • 1-2 sudu besar serbuk kari daging
  • serbuk cili
  • garam
  • beberapa helai daun limau purut yang diracik halus
  • minyak untuk menggoreng
Bahan kisar halus:
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
Bahan kisar kasar:
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup / serbuk kunyit
  • 2 batang serai
Cara buat ayam goreng berempah:
  1. Basuh ayam dengan air bersih dan potong kecil. Toskan.
  2. Masukkan ayam dan semua bahan kisar (halus dan kasar) bersama bahan lain dalam mangkuk besar.
  3. Gaul campuran ayam dan bahan kisar tadi sampai rata dan rempah ratus sampai menyaluti ayam.
  4. Perap dulu selama 1 jam sebelum digoreng biar sedap. Kalau perap lama dikit pun makin best.
  5. Bila nak makan, goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. Bila sudah garing bawahnya, jangan lupa dibalikan supaya ianya masak rata.
  6. Angkat dan toskan ayam goreng tadi. Angkat sekali-kali rempah yang jatuh di dasar kuali semasa menggoreng. Bila tak diangkat, nanti rempah jadi hangit dan pahit.
  7. Teruskan menggoreng hingga ayam habis.
  8. Ayam sudah boleh dihidangkan ketika panas-panas.
Naa untuk resepi ayam berikutnya akan kita bahas pada postingan selanjutnya, terima kasih dan jangan lupa resepi ayam goreng di cuba ya bunda bunda.