Aneka Resepi Kek Kukus

Resepi kek kukus mudah dan ringkas, Aneka Resepi Kek Kukus, kita nak bahas aneka resepi kek kukus. Jom kita buat.  Aneka Resepi Kek Kukus Yang Lazat Dan Mudah – Kek Kukus antara resepi yang mudah disediakan dan bagus juga untuk melatih anda yang baru nak belajar buat kek. Tak adalah insiden kek hangit bila terlebih kukus berbanding membuat kek yang dibakar dalam oven..kan?

Kek kukus yang akan dikongsikan adalah koleksi daripada tukang masak yang handal-handal dalam dunia masakan kek Malaysia. Saya pilih kek-kek kukus yang mudah agar semua orang boleh mencubanya.

Resepi pertama adalah dari jintanmanis. Nama resepi pilihan pertama saya adalah Kek Coklat Moist Kukus yang gebu, lembap dan lazat. Ia menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang lebih coklat. Siapa pun suka coklat terutamanya budak-budak, kan…

Resepi Kek Coklat Moist ( Kukus)

(sumber resepi: [email protected])

Bahan-bahannya

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
  • 3 biji telur
  • beberapa titik esen vanila

*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Cara-caranya

  1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
  2. Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
  3.  Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
  4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.

Resepi Kek Oren Blended Kukus

(sumber: Raina Irdina MYR)

Seterusnya, kita sama-sama belajar buat kek kukus oren blended, tunggang terbalik pulak susunan nama resepinya…hihi, yang penting cara buatnya pun mudah.

Bahan-bahan: (loyang 7×7)

  • 1 biji buah oren sunkist
  • 1 cawan butter cair- boleh guna minyak canola
  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur- buang pusat telur nya
  • 1 sudu besar serbuk penaik
  • 2 cawan tepung gandum

Cara-cara:

  1. Cuci buah, potong & buang biji serta urat-urat putih ditengah. Ambil kulit nya, buang yang warna putih.
  2. Potong buah kecil-kecil. Masukkan buah & kulit nya sekali dalam blender bersama minyak, gula, telur & kisar hingga halus
  3. Siap kisar, masukkan dalam bekas, bersama tepung & serbuk penaik yang telah diayak, sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan dalam bekas yang telah digris & dilapik. Kukus selama 1 jam atau hingga masak.
  5. Potong ikut saiz yang disukai.

Resepi Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Sumber : Puan [email protected] Kehidupanku

Resepi kek lapis kukus cream cheese seterusnya adalah daripada blog citarasawan. Cheese…sedap, lebih-lebih lagi bila ia sedang panas dan meleleh. Yummy!! Hehe…Resepi berikut ni agak susah jugak, kena pelan-pelan belajar sampai boleh. Kalau fail juga, beli je yang dah siap…

Bahan A

  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum

Cara-cara:

  1. Pukul cream cheese bersama gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi hingga licin dan tidak berketul. Ketepikan.

Bahan Kek

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/2 cawan air panas didih
  • 1/2 cawan susu segar / cair
  • 1/2 cawan minyak jagung / masak
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar sebuk koko
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Loyang 8x8x3 (di alas dasar dan di gris)

Cara-cara:

  1. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan baking soda. Ketepikan.
  2. Pukul telur bersama gula sehingga kembang. Kemudian masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas, susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan bahan yang diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.
  6. Tuang 1 bahagian adunan coklat, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana hingga masak.
  7. Kemudian tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  8. Akhir sekali tuang adunan coklat selebihnya, tutup dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  9. Sejukkan dahulu sebelum di potong dan di hidangkan.

    ** untuk membuat 2 lapisan cream cheese, gandakan sukatannya.
    ** untuk membuat corak, ketepikan 2-3 sudu besar adunan cream cheese dan campurkan dengan 1 sudu kecil coklat emulco, masukkan ke dalam piping bag dan pipe mengikut corak yang di sukai..

Resepi Kek Pandan Kukus

Seterusnya saya kongsikan resepi kek kukus pandan. Tengok warnanya aje dah tahu kek kukus pandan ni memang sedap. Gebu, cantik dan lembap. Awesome!! Nak buat pun senang aje ni…meh kita cuba sama-sama..;))


Bahan-Bahan:

  • 6 biji putih telur
  • 2 cawan gula halus
  • 6 biji kuning telur
  • 1 cawan pati santan
  • 1 cawan air daun pandan – perahan 6 helai daun pandan yang besar

Bahan diayak:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil bicarbonate soda

Cara Penyedian:

  1. Pukul putih telur bersama gula halus sehingga betul2 kembang, masukkan kuning telur dan pukul lagi.
  2. Masukkan santan dan sari pandan, kacau rata.
  3. Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit2 sampai habis sambil dikacau perlahan2 sehingga sebati.
  4. Masukkan dalam loyang yang sesuai yang dilapik dengan kertas minyak terlebih dahulu.
  5. Pastikan air kukusan mendidih dahulu ketika meletakkan adunan kek untuk dikukus.
  6. Kukus menggunakan api sederhana lebih kurang 45 minit atau sehingga betul2 masak.

Nota penting:
Jangan lupa tutup adunan kek dengan aluminium foil sebelum dikukus.:))

Resepi Kek Sarang Semut Kukus

Resepi kek sarang semut kukus di bawah ini saya ambil daripada blog masakan dan saya ubah suai sedikit mengikut citarasa saya. Kalau tak suka manis, kurangkan sukatan gulanya ya…Dan butter boleh gantikan dengan mentega dan begitulah sebaliknya. hihi…


Saya selalu jugak buat kek sarang semut kukus ni, adakala menjadi dan lembut gebus tetapi ada musimnya kuih yang saya buat semua failed! Haha...never mind, cuba hingga berjaya, kan…

Bahan – Bahan:

  • 1 Cawan gula
  • 1 Cawan Air Panas
  • 2 Sudu Besar Mentega
  • 4 Biji Telur Gred A
  • 1 Cawan Susu Pekat
  • 1 Cawan tepung gandum di ayak
  • 2 sudu teh Soda Bikarbornat di ayak
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu teh Essen Vanilla

Cara Penyediaan:-

  1. Goreng gula tanpa minyak dengan api dapur sederhana kecil, sehingga cair.
  2. Masukkan air panas, gaulkan sehingga sebati sekiranya masih ada sisa sisa gula yang belum cair.
  3. Masukkan mentega, dan gaul sebati. Tutup api dan biarkan seketika.
  4. Pukul telur hingga kembang
  5. Kemudian masukkan susu pekat. Pukul hingga sebati.
  6. Masukkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat yang telah diayak tadi. Pukul hingga sebati.
  7. Masukkan esen vanilla dan kacau hingga sebati.
  8. Kemudian masukkan gula hangus tadi ke dalam bancuhan tepung dan gaul sebati.
  9. Perap adunan ini slama 3-4 jam (bertutup) bagi mendapatkan sarang yang cantik.
  10. Bakar selama 60minit dengan suhu 160’c atau kukus selama 1 jam 45 minit.

Nota:
:: Kalau tak ada mixer, boleh guna blender.
:: Kalau tak ada Oven, Boleh Kukus selama 1 jam 45 minit.
:: Jangan lupa sapukan mentega & letak kertas minyak pada bekas yang di gunakan untuk bakar atau kukus.

Resepi Kek Pelangi Kukus Yang Lembap

Oleh: Azie Kitchen

Di bawah ini rupa kek kukus pelangi yang saya kongsikan dari blog Azie Kitchen. Nampak sedap sangat, kan?

Resepi Kek Kukus Pelangi Yang Lembap

Rupa-rupanya nak buat kek kukus pelangi tidaklah susah. Ikut arahan daripada cara membuatnya, jadilah pelangi tu…hihi

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)

  • 1 cawan mentega
  • ¾ cawan gula kastor (guna 1/2 cawan aje tp tetap manis)
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar serbuk koko (tak guna pun)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2-3 sudu besar susu segar (saya guna 1 sb)
  • Sedikit pewarna yang disukai

Cara cara:

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
  3. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.

 

Nota:
Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Ikut Noor, dia tak gunapun tapi kek tetap lembut. Saya guna 1 sudu besar jer susu segar.

Terima kasih kerana membaca Aneka Resepi Kek Kukus Yang Lazat Dan Mudah Sekiranya ia bermanfaat dan anda suka untuk mencubanya, kongsikanlah dengan rakan-rakan yang lain. Selamat mencuba.

Resipi Unik Kuih Raya 2017 Sedap

Resipi Unik Kuih Raya 2017, berikut resepimasakan.info ingin kongsi berbagai macam kek raya yang bisa bunda coba untuk tahun 2017 ini.

Pernah tak terlintas dalam fikiran tiap-tiap tahun sama je kuih raya tradisional, takde yang lain ke? Apa kata tahun ini kita cuba lain dari lain. Konfirm, tetamu akan kata wow! Uniknya kuih raya ni!

1. Cupcakes Nutella

Resipi Unik Kuih Kek Raya 2017
Cupcakes Nutella

Bahan-bahannya:

  • 1 cawan Nutella
  • 3/4 cawan (120g) tepung naik sendiri
  • 2 biji telur yang dipukul sedikit

Cara-cara membuatnya:

  • Panaskan ketuhar kepada 180°C. Sediakan acuan cupcake dengan 9 acuan dan letakkan kertas cupcake.
  • Masukkan Nutella, tepung dan telur ke dalam mangkuk. Campurkan adunan dengan sudu besi sehingga sebati.
  • Isi acuan cupcake dengan adunan dan bakar sehingga 20-25 minit. Cupcake yang cukup masak akan melantun kembali apabila di picit sedikit di permukaan dengan jari.
  • Biarkan sejuk sebelum dialihkan dan dihidang.
  • Jika anda ingin menambah frosting, anda boleh campurkan 1 cawan Nutella bersama cream cheese. Masukkan ke dalam beg paip dan hiaskan cupcake anda.

2. Biskut Sandwich Mawar Red Velvet

Resipi Unik Kuih Kek Raya 2017

Bahan-bahannya:

Bahan A
2/3 cawan shortening
1 3/4 cawan guna
2 biji telur
1 sudu vanilla
1/4 cawan buttermilk
1 sudu pewarna merah
2 cawan tepung AP
1/2 cawan serbuk koko
1/2 sudu garam

Bahan B (krim)
1 cawan mentega yang telah dilembutkan, softened
4 cawan gula kasar
1/2 sudu ekstrak badam
13 auns krim marshmallow

Cara-cara membuatnya:

Bahan A

  • Panaskan oven sehingga 350 C.
  • Dengan menggunakan mixer, pukul shortening dan gula sehingga sebati.
  • Masukkan telur, satu demi satu dalam kelajuan mixer yang telah dikurangkan.
  • Masukkan vanila, buttermilk dan pewarna merah.
  • Dalam mangkuk berasingan, pukul tepung, serbuk koko dan garam.
  • Adunan ini dimasukkan ke dalam adunan yang sebelumnya.
  • Uli sehingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam piping dan buat bentuk bunga ros.
  • Bakar selama 6-8 minit.

Bahan B

  • Pukul mentega menggunakan mixer sehingga ia menjadi ringan dan gebu.
  • Masukkan ekstrak badam. 
  • Masukkan perlahan-lahan gula kasar sehingga semuanya sebati. 
  • Bila siap, simpan di tempat yang sejuk. 
  • Jadikan Bahan B ini sebagai krim di antara dua Bahan A (biskut).

3. Biskut Meringue

Resipi Unik Kuih Kek Raya 2017
Bahan-bahannya:
  • 3 biji telur putih
  • 3⁄4 cawan gula
  • Pewarna ikut suka
Cara-cara membuatnya:
  • Kalau anda mahu gula mudah digaulkan dengan putih telur, panaskan gula di dalam oven selama lima minit. 
  • Kemudian pukul putih telur sehingga menjadi warna putih.
  • Masukkan gula yang panas tadi ke dalam adunan dan terus pukul adunan.
  • Apabila telah siap, letakkan pewarna yang disukai.
  • Masukkan adunan yang telah siap dicampur dengan pewarna ke dalam piling dan buat corak seperti coklat Hersheys atau corak-corak lain yang menarik.
  • Bakar dalam oven selama 90 minit.

4. Biskut Donut

Resipi Unik Kuih Kek Raya 2017
Bahan-bahannya:

Bahan A
  • 150 gm mentega
  • 30 gm shortening
  • 100 gm gula caster
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu teh emplex
Bahan B
  • 200 gm tepung gandum
  • 60 gm tepung jagung
  • 30 gm nestum – dikisar
  • 3 sudu besar susu tepung
Hiasan
  • Coklat masakan putih
  • Manik berwarna warni
Cara-cara membuatnya:
  • Satukan bahan A dan pukul hingga sebati.
  • Masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh.
  • Canai doh dan terap dengan acuan berlubang berbentuk donut.
  • Bakar dalam oven pada suhu 150°C selama 20 minit atau sehingga biskut masak sempurna.
  • Setelah masak susun atas redai hingga sejuk.
  • Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler.
  • Celupkan sebelah permukan biskut.
  • Taburkan manik.
  • Tunggu coklat mengeras dan simpan dalam bekas kedap udara.

5. Biskut Rainbow Styles

Resipi Unik Kuih Kek Raya 2017
Bahan-bahannya:
  • 250gm Tepung Gandum
  • 1 sudu besar Tepung Jagung ( brown &polson )
  • 50 gm Tepung Susu 250 gm
  • Mentega / marjerin 160 gm
  • Gula Aising 1 sudu kecil
  • Esen Vanila Pewarna – Ungu Violet, Biru, kuning, jambu, merah, hijau epal
Cara-cara membuatnya:
  • Satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh.
  • Bahagikan kepada 7 bahagian untuk diwarnakan – dan satu bahagian tanpa warna.
  • Uli dan gulung doh memanjang atau menggunakan piping bag pastikan saiz seperti sebatang straw, perlu diingat styles cookies saiz setiap doh yang diuli perlukan saiz seakan sebatang straw minuman.
  • Susun setiap doh yang telah diuli menjadi seakan straw minuman atas loyang atau dulang.
  • Susun rapat-rapat antara setiap doh yang telah diwarnakan dan diuli.
  • Apabila telah siap disusun.
  • Sejukkan sebentar dalam peti sejuk selama 30 minit.
  • Keluarkan doh dari peti sejuk, potong bersilang seperti bentuk 3 segi, anda boleh memotong memanjang jika suka, Styles cookies hanya sesuai bentuk 3 segi dan 4 segi kerana keunikannya dan tiada pembaziran doh.
  • Hias dengan gula manik.
  • Bakar pada suhu 160°c selama 18 minit.

6. Biskut Oreo Penakluk Cinta

Resipi Unik Kuih Kek Raya 2017
Bahan-bahannya:
  • 30 keping Oreo
  • 6 sudu besar mentega
  • 2 cawan marshmallow (pelbagai warna)
  • 1 sudu besar sos karamel
  • 3 sudu besar cip coklat
Cara-cara membuatnya:
  • Panaskan oven pada suhu 180°C.
  • Cairkan mentega lebih kurang 30 saat di dalam microwave.
  • Sementara itu, hancurkan Oreo.
  • Satukan dan gaul sebati.
  • Sediakan loyang acuan silikon.
  • Tuang adunan Oreo ke dalam acuan, ratakan dan tekan-tekan supaya padat.
  • Bakar selama 10 minit.
  • Keluarkan dari oven dan tabur dengan marshmallow.
  • Picit-picitkan sos karamel.
  • Bakar kembali selama 8 minit.
  • Keluarkan dari oven dan tabur dengan cip coklat.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 6 ke 8 jam, atau semalaman.
  • Keluarkan dan potong kecil-kecil ikut selera.

7. Biskut Lidah Kucing

Resipi Unik Kuih Kek Raya 2017

Bahan-bahannya:
  • 250 gm butter
  • 175 gm gula kastor
  • 100 ml putih telur
  • 200 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 1/4 sudu teh emplex (perangup biskut)
  • 6 pewarna berbeza: merah, oren, kuning, hijau, biru, ungu.
Resipi Unik Kuih Kek Raya 2017
Dulang khas untuk bakar biskut lidah kucing.
Cara-cara membuatnya:
  • Mula-mula, sapukan loyang dengan sedikit butter.
  • Ayakkan bersama tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan.
  • Dengan menggunakan mixer, pukul mentega dan gula hingga berkrim.
  • Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
  • Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.
  • Letakkan pewarna untuk setiap bahagian dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan.
  • Paipkan atas loyang lidah kucing.
  • Akhir sekali, bakar dalam oven pada suhu 150°C selama 15 hingga 20 minit.

8. Biskut Pepero

Resipi Unik Kuih Kek Raya 2017
Bahan-bahannya:
  • 1 biji kuning telur
  • 1 biji putih telur
  • 3 1/2 oz milk chocolate
  • 1 oz white chocolate
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • s 2 sudu besar gula
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1/4 cawan mentega
  • 2 sudu besar air
  • 1 1/2 cawan tepung
  • 1/2 sudu kecil baking powder
Cara-cara membuatnya:
  • Mula-mula, campurkan susu pekat manis dengan air dan ketepikan.
  • Satukan tepung, gula, baking powder dan garam.
  • Gaul hingga sebati.
  • Kemudian masukkan mentega ke dalam adunan tepung, setelah sebati masukkan kuning telur.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan susu tadi.
  • Sekiranya adunan masih melekit, tambahkan tepung hingga adunan menjadi doh.
  • Balut doh dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.
  • Tujuannya adalah untuk memastikan doh sebati dan rangup setelah dibakar.
  • Keluarkan doh dan bentukkan menjadi jejari.
  • Setelah siap, simpan sekejap doh yang dibentuk tadi dalam peti sejuk, lebih kurang 10 minit.
  • Pastikan oven telah dipanaskan dgn suhu 175 darjah celcius.
  • Keluarkan biskut jejari tadi dan sapukan putih telur dan bakar selama 20-25 minit atau hingga biskut masak.
  • Untuk salutan biskut, cairkan milk chocolate dan white chocolte dengan kaedah double boiler.
  • Sebelum biskut dicelup ke dalam coklat, pastikan biskut telah sejuk.
  • Jika kreatif, boleh saja tambahkan pelbagai jenis hiasan coklat mengikut citarasa anda.
Sumber Rujukan : sentiasapanas.com

Ketan Susu Keju Sedap Nikmat

Pulut susu keju kesukaan suami, Sejuk-sejuk buat pulut sesuai buat teman kopi kerana sangat mudah dan gampang buatnya hanya 500 gram beras pulut, bagi bunda yang ingin coba berikut adalah bahan dan cara buatnya.

Bahan Ketan Susu Keju

  • 500 gram beras pulut
  • 2 sachet Santan kara yg kecil
  • 250ml air
  • Pewarna merah
  • Daun pandan & garam secukup rasa.
  • Toping: susu kental manis & keju.

Cara  Ketan Susu Keju

  1. Basuh beras tanpa perlu di rendam
  2. Masukkan air dan Santan beri pewarna, garam dan daun pandan
  3. Masak dengan Magicom
  4. Saya pakai Magicom yang saiz 1/2 liter dan masak 3x cetrekan.
Kalau sudah jadi, nanti hasilnya akan seperti ini, bagus dan enak di lidah, sila cuba bun biar suaminya tambah sayang kalau kita suka masak, lihat juga resepi agar-agar tape yang sedap sebelumnya
Ketan Susu Keju Sedap Nikmat
Ketan Susu Keju Sedap Nikmat

Resepi Agar-Agar Tape

Tapai atau sering juga disebut tappe, berikut adalah resipi tape agar-agar ciptaan oleh mbak airin dalam facebooknya yang dirangkum oleh resepimasakan.info.

Resepi Agar-Agar Tape
Resepi Agar-Agar Tape

Bahan Agar-Agar Tape

  • 200 grm tape singkong
  • 5 sdm gula pasir
  • 1 saset SKM
  • 1 bungkus agar-agar plain
  • 1/4 vanila
  • 8 buah pisang
  • 1/2 gelas air
  • daun pisang

Cara Buat Agar-Agar Tape

  1. Tape. Gula pasir. SKM. Agar dan vanila aduk hingga halus 
  2. Kemudian masukkan air aduk hingga rata
  3. Bagi adunan menjadi 2. 
  4. Satu warna putih satu warna merah muda
  5. Ambil daun pisan tuang 1 sudu adunan warna putih dan merah muda beri pisang atasnya 
  6. Tutup lagi dengan adunan warna putih dan merah muda seterusnya hingga adunan habis 
  7. Kemudian kukus selama 15 minit. angkat tunggu hingga sejuk siap d sajikan
Dah selesai, jangan lupa tengok resepi masakan lainnya seperti resepi sebelumnya mengenai perkara kek cup cake

Resepi Kek Batik Sedap dan Simple

Resepi Kek Batik Sedap dan Simple, Selamat datang pengunjung setia resepimasakan.info, saya ingin berkongsi resipi kuih yang enak, dan paling singkat, anak-anak suka dengan kuih ini, iaitu kek batik biskut. Kita cuma perlu lebur semuanya dalam periuk kemudian ratakan di dalam loyang.

Setelah di ratakan didalam loyang, sejukkan di dalam peti sejuk, kek batik siap di nikmati. Anak-anak kita pun yang tingkat sekolah rendahh juga boleh cuba membuatnya sendiri dalam mengisi masa lapang cuti sekolah.

Dengan melapis biskut dan mencurahkannya coklat atasnya tanpa meleburkan semuanya di dalam pot seperti yang biasa saya buat sebelum ini. Dan menariknya, pemilik asal resipi juga menyarankan biskut marie boleh di gantikan dengan biskut cream cracker.

Baca Juga: Resepi Kek batik coklat

Jom kita mula resep kue batiknya.

Resepi Kek Batik Sedap dan Simple

Bahan-bahan

Resepi Kek Batik Sedap dan Simple

  • 200gr milo
  • 250gr butter
  • 3 sidu makan serbuk koko
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • Biskut marie/cracker secukupnya

 

Cara membuatnya:

1. Alaskan loyang dengan plastik, biarkan plastik melebihi loyang supaya senang nak keluarkan kek bila dah sejuk.
2. Cairkan butter alam kuali dengan mengggunakan api kecil.

Resepi Kek Batik Sedap dan Simple
3. Setelah cair, masukkan susu, milo sedikit demi sediki gaul hingga sebati & masukkan juga serbuk koko.
Resepi Kek Batik Sedap dan Simple
4. Gaul sampai halus dan tak berketul lagi. (gunakan hand whisk)
Resepi Kek Batik Sedap dan Simple
5. Setelah pekat, susun biskut marie dalam loyang kemudian curahkan sebahagian adunan tadi dan ratakan, lapis lagi biskut marie, curahkan adunan ratakan. Ulang hingga habis adunan dan sejukkan dalam peti ais.

Kek Batik Sedap dan Simple sedia untuk di nikmati.
Resepi Kek Batik Sedap dan Simple
Cuba lihat juga video salah satu cara buat kek batik ini.

Sekian dan terima kasih, jom lihat resepi kek lainnya di resepimasakan.info

Resepi Kek Red Velvet Kukus Moist dan Lazat

Bercakap tentang resipi Red Velvet Cake lembap dan lazat dikukus, teringat ulang tahun pertama rakan-rakan . Sebelum ini ia tidak pernah makan kek. Apabila makan amat selesa pada lidah. peristiwa masa lalu juga mahu melakukannya sendiri. Saya merasa rujukan dalam buku ini untuk membuat kek, dan mendapati resipi ini adalah sama.

Resepi Kek Red Velvet

Apabila rakan-rakan atau keluarga meraikan hari jadi, saya membuat resipi ini untuk kek baldu merah. Anda boleh menunjukkan kepadanya hari jadi kanak-kanak atau apa-apa peristiwa khas. Mari kita lihat resipi baldu kek merah kukus lembap dan lazat. Anda juga boleh mencuba resipi brownies kedutan. Jika ada yang berminat untuk mencuba sendiri di rumah, sila sahaja.

Red Velvet Cake Recipe

Bahan untuk kek merah baldu:
– 360 tepung gm
– 1 sudu teh serbuk penaik
– 1 sudu teh soda bikarbonat
– 1 sudu teh garam
– 2 sudu besar kok serbuk
– 400 gula gm
– 1 cawan jagung minyak
– 1 cawan dadih
– 2 biji telur gred A
– 2 sudu teh esen vanila
– 1 sudu besar pewarna merah
– 1 sudu teh cuka masakan
– 1/2 cawan kopi air panas
Bahan-bahan untuk krim:
– 8 oz krim keju sejuk
– 5 sudu besar mentega lembut
– 2 sk esen vanila
– 2 cawan aising gula di ayak
Bagaimana untuk membuat kek baldu merah:
  1. Menggabungkan dan menapis tepung, serbuk penaik, soda, serbuk koko dan garam di dalam bekas, ketepikan.
  2. Tambah gula dan minyak dalam bekas yang besar.
  3. Tambah telur, buutermilk, esen vanilla dan pewarna, gaul rata dengan whisk.
  4. Tambah air panas dan kopi masakan cuka.
  5. Tambah tepung diayak sedikit demi sedikit dan kacau adunan sehingga sebati.
  6. mentega Sebarkan pada 2 mangkuk pembakar dan tuangkan adunan ke dalam kuali sebanyak.
  7. Panaskan ketuhar pada 170 C selama 40 minit atau sehingga kek masak.
  8. Selepas memasak, biarkan kek sejuk selama 10 minit kemudian keluarkan kek dari kuali dan sejuk sepenuhnya di atas rak dawai.
  9. kek dengan bungkus plastik dan simpan dalam peti sejuk.
Bagaimana untuk membuat merah krim baldu kek:

  1. Menghidupkan keju krim dengan mentega dan vanila hingga sebati.
  2. Tambah gula aising sedikit demi sedikit sehingga mencapai kemanisan yang sempurna.
  3. peti sejuk sehingga sedikit sengit sebelum digunakan. Boleh menyimpan di dalam peti sejuk sehingga 3 hari.

Maka bagaimana kek baldu merah resipi kukus lembap dan lazat. Akhir sekali, apabila kek dengan bungkus plastik, sekurang-kurangnya menyimpannya dalam peti sejuk 1 jam atau semalaman untuk mendapatkan kek yang anda mahu.

Resipi Red Velvet Cake kukus lembap dan lazat Rating: 4.5 Posted By: Ahmad MGM

Resepi mudah kek gula hangus kukus yang enak

Hobi yang “dipendam” sekian lama….trying new recipes. X kira la lauk pauk ka.. kuih muih ka, tp kegilaan sekarang ini ialah mencuba resepi kek yang simple dan mudah disediakan. Semalam telah berjaya mem”baking” kek sarang semut aka kek gula hangus. MENJADI…. 1st attempt. x sabar cuba lagi sekali. 

Resepi mudah kek gula hangus kukus yang enak
Resepinya: Kredit kepada [email protected]
*walau bagaimanapun, sdh di modified sedikit..

KEK SARANG SEMUT / KEK GULA HANGUS

125gm mentega
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 1/4 cawan gula (saya guna 1 cawan sj..)
2 sudu kecil soda bikarbonat – (saya guna 1 sudu teh shj)
esen vanila

Cara2:

  • Cairkan mentega dan biarkan sejuk.
  • Goreng gula hingga hancur dan masukkan 1 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
  • Telur dikacau hingga kembang dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
  • Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.
  • Kacau hingga sebati dan tapiskan.
  • Tuang ke dalam loyang (7″ x 7″) yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
  • Peram selama 3 – 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)
  • Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 – 180C lebih kurang 40 – 45 min atau sehingga masak.

perlu hati2 masa menuang air kedalam gula yg tengah panas dan masa mengacaunya ya.. bubbling tu boleh mencederakan kalau tak berhati2..

Nota tambahan dari kak nor (sumber asal resepi ni…)
Berdasarkan pd eksperiman yg dah berjaya CMGebu buat, kek ni perlu dibakar dgn menggunakan api bawah sahaja utk tempoh 35 min pertama, lepas tu baru la di on kan api atas dan teruskan proses membakar lebih kurang 10 min lagi ya. Test dgn lidi, utk pastikan kek telah pun cukup masak. Suhu yg digunakan 165 – 175C.

well… hasilnya seperti dalam gambar. Cuzzy Anejan Egu… jangan jeles. Oleh kerana ko lebih suka mengukus, gudnews, boleh kukus tp lama sikit ler.. dlm sejam 50 minit gitu. Cuba laaaa…

Resepi Baking Kek Coklat. Bakar Boleh. Kukus Pun Boleh

resepimasakan.info– Hai Bunda, kite Nak kongsi koleksi kek coklat yang dibaking sendiri. Ada yang kukus. Ada yang bakar. Ada yang jadi cantik. Ada yang tak berapa nak cantik. Tapi semuanya habis dimakan :p Kalau time rajin, snap la gambarnya. Kalau anak-anak tak sabar makan pula, tak sempat snap gambar. Moh tengok 😉
kek coklat kukus cake chocolate bakar cake chocolate moist kek coklat lembap kek coklat sedap


Heaven nya makan kek coklat dengan coklat cair & aiskrim vanilla 😉

kek coklat kukus cake chocolate bakar cake chocolate moist kek coklat lembap kek coklat sedap


Kek coklat dengan topping coklat cair, M&M dan coklat rice, Klik Sini untuk deco mudah.

kek coklat kukus cake chocolate bakar cake chocolate moist kek coklat lembap kek coklat sedap

Kek coklat kukus moist dengan topping chocolate melt dan chocolate rice. Sedap dan lembap ;)~
kek coklat kukus cake chocolate bakar cake chocolate moist kek coklat lembap kek coklat sedap

Kek coklat dengan topping vanilla butter cream, Klik Sini untuk simple deco.

kek coklat kukus cake chocolate bakar cake chocolate moist kek coklat lembap kek coklat sedap


Kek coklat dengan topping chocolate buttercream. Klik Sini untuk deco mudah.
kek coklat kukus cake chocolate bakar cake chocolate moist kek coklat lembap kek coklat sedap

Kek coklat extra koko dengan topping milo cair.
kek coklat kukus cake chocolate bakar cake chocolate moist kek coklat lembap kek coklat sedap

Kek coklat kukus dengan serbuk koko overdose. Rasanya sedikit pahit sebab terlampau banyak serbuk koko. Tapi habis juga dimakan satu loyang ni 😉
kek coklat kukus cake chocolate bakar cake chocolate moist kek coklat lembap kek coklat sedap

Kek coklat kukus dalam cup kecil. Senang nak makan, guna sudu aje.
kek coklat kukus cake chocolate bakar cake chocolate moist kek coklat lembap kek coklat sedap

Ni namanya tak sabar, tak sempat sejuk dah terbalikkan, jadilah kek warna tak sekata camni :p
kek coklat kukus cake chocolate bakar cake chocolate moist kek coklat lembap kek coklat sedap

Sedapnya makan kek coklat dengan peanut butter ;)~
kek coklat kukus cake chocolate bakar cake chocolate moist kek coklat lembap kek coklat sedap

Kek coklat kurang serbuk koko dengan rainbow rice. Nyum Nyum 🙂
kek coklat kukus cake chocolate bakar cake chocolate moist kek coklat lembap kek coklat sedap

 

Kek coklat kukus. Walaupun tak ada topping, sedap dimakan begitu sahaja 🙂

Sumber http://buatwanita.blogspot.co.id/

Resepi Dan Cara Membuat Kek Lapis Sarawak Yang Lembut

Resepi dan cara membuat kek lapis sarawak. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek lapis sarawak dan cara memasak kek lapis sehingga siap untuk dimakan. Anda boleh rujuk resepi dan cara membuat kek lapis sarawak disini.

Kek Lapis Sarawak adalah kek lapis, secara tradisinya dihidangkan di Sarawak dan Malaysia pada majlis-majlis khas. 
Dalam bahasa Malaysia, mereka dikenali sebagai Kek Lapis Sarawak, Kek Lapis Moden Sarawak, Kek Sarawak atau Kek lapis 
Kek Lapis Sarawak sering dibakar untuk perayaan agama atau budaya seperti Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Deepavali, hari lahir dan majlis-majlis perkahwinan. 
Kek Lapis Moden Sarawak telah diperkenalkan kepada rakyat Sarawak dari Indonesia secara rasmi sekitar tahun 1988. Versi Indonesia telah diketahui sejak zaman penjajahan Belanda…
Jenis yang paling terkenal adalah Lapis Legit dan Lapis Surabaya (tetapi asal-usulnya masih dalam perdebatan lagi..)
 

Ibu saya menggunakan resepi ini dan dipelbagaikan corak dan lapisan mengikut kesukaan… Boleh digunakan untuk membuat kek lapis gulung dan juga yang lapis biasa sahaja. Resepi asasnya adalah seperti di bawah :

Telur – Merah 16 biji, putih 7 biji sahaja
Gula Caster 200 gm
Ovalette 1 sudu besar
Tepung Hong Kong 280 gm
Horlicks 1 sudu besar
Butter 2 ketul – hilangkan sejuk drp peti ais dan dikacau dgn tangan sebentar sahaja dgn 2 sudu susu pekat manis

Cara membuat :

1. Telur + gula + ovalette – dipukul hingga kembang dan putih
2. Adunan atas tadi di campur tepung hong kong dan horlicks
3. Masukkan butter dan dikacau sebentar.
4. Adunan telah tersedia untuk diwarnakan dan dibakar selapis-selapis.
5. Untuk membuat 2 warna, bahagikan dua dan diwarnakan mengikut warna kesukaan.
6. Untuk membakar, adalah elok kalau menggunakan oven sarawak, sebab proses membakar adalah lebih cepat.
7. Boleh juga ditambah dengan buah asam keping untuk memberi rasa yang masam.


Adunan yang dibahagikan dua dan diwarnakan.


Proses membakar – guna api atas.


Lapisan atas yg dah kuning.


Tambahkan lapisan baru – 5 sudu utk satu lapisan (ikut besar loyang dan ketebalan yg disukai)


Proses meratakan adunan.


Dah rata, bakar lagi. Proses diulang sehingga adunan habis.


Ada 14 lapisan semua. Yg hitam2 tu adalah buah prune yg dipotong kecil.

Resepi Kek Batik Sedap dan Simple

Resepi Kek Batik (Batik Cake Recipe) – Jika kita berbicara tentang kek, mungkin tidak ada habisnya. Bila-bila saja ada inovasi yang dicipta oleh Chef untuk pelbagai resipi kek. Sering kita tengok banyak buku yang dijual membincangkan segala macam resipi kek.

Resepi Kek Batik Sedap dan Simple

Resepi Kek Batik Sedap dan Simple

Resepi Kek Batik Sedap dan Simple

Jika pada post sebelum ini saya telah membincangkan tentang resipi kek coklat, kali ini saya nak membincangkan salah satu resipi paling popular lain, ialah kek batik. Kek ni sedang menjadi pilihan kegemaran ibu bapa dan anak dalam membuat kek di Malaysia. Ini adalah kerana kek ini mudah untuk dibuat, tak perlu banyak ringgit, dan ia lembut dan lazat.

Resepi kek batik (Batik Cake Recipe) ini dapat anda cuba sendiri di rumah kerana buatnya mudah. Anda boleh membawa anak anda, terutama anak gadis, untuk buat ia lebih baik dalam memasak dan buat kek. Anda boleh menayangkan resepi kek ni buat majlis bersama teman ataupun keluarga. Untuk anda yang ingin beri hadiah kepada ibu atau orang yang dicintai, tetapi tak mempunyai banyak wang, atau bingung mau membeli apa, kek batik boleh menjadi penyelesaian untuk anda.

Resepi Kek Batik (Batik Cake Recipe)

Bahan-bahan buat kek batik:
– 2 cawan milo
– 2 sudu besar serbuk koko
– 1 tin susu pekat manis
– 1 buku buttercup
– 1 paket biskut Marie

cara cara:

  • Cairkan dulu butter dalam periuk yang dipanaskan dengan api kecil. Bila sudah cair, masukkan susu pekat dan gaul lagi hingga sebati.
  • Lepas itu, masukkan Milo dan serbuk koko ke dalam periuk. Masukkan sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga sebati. Jangan tinggalkan sebatian ini berketul-ketul.
  • Masukkan biskut Merrie yang telah dipatahkan (tidak sampai hancur) sebelumnya ke dalam periuk, dan gaul hingga rata.
  • Lepas itu, masukkan adonan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastic biar mudah nak dikeluarkan.
  • Padatkan kek batik tadu dengan tekan-tekan menggunakan sudu.
  • Bila dah padat, simpan loyang ke dalam peti sejuk sekira 3 jam
  • Kalau nak makan, keluarkan dahulu kek batik kira-kira 30 menit karena pasti sudah keras sebab masuk di peti sejuk.
  • Kek batik siap di hidangkan.
 Kalau suka kek batik yang lebih lembut, patah-patahkan biskut dulu dan biar kan lemau sikit
Penelusuran yang mirip
resepi kek batik lembut,resepi kek batik milo,resepi kek batik nestum,resepi kek batik jawa,resepi kek batik tanpa telur,resepi kek batik biskut marie cheese,resepi kek batik biskut marie tanpa telur,resepi kek batik lembut tanpa telur,resepi kek batik mudah,resepi kek batik sedap,resepi kek batik milo lembut,resepi kek batik marie sukatan cawan,resepi kek batik milo tanpa telur,resepi kek batik mudah dan sedap,resepi kek batik simple,resepi kek batik cheese meleleh,resepi kek batik coklat biskut marie,resepi kek batik serbuk koko,resepi kek batik tak guna milo,resepi kek batik empire brunei